Polis Siasat Facebook Palsu Pemuda Umno

Diterbitkan: Rabu, 22 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat laporan mengenai kewujudan laman sosial Facebook palsu menggunakan nama 'Pemuda Umno Malaysia' yang memaparkan poster berbaur hasutan.

Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, setakat ini, hanya satu laporan polis mengenai laman Facebook palsu itu diterima.

"Polis setakat ini masih belum memanggil mana-mana individu untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Ku berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Isnin lepas, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional, Ibdilillah Ishak membuat laporan polis berhubung kewujudan laman sosial Facebook itu.

Poster dalam Facebook itu berbentuk tinjauan - Jika orang ramai setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, teruskan sokongan kepada gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan