Pulau Pinang Rancang Wujud Undang-Undang Menentang ‘Lompat Parti’

Diterbitkan: Selasa, 21 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang merancang untuk meluluskan undang-undang 'anti lompat parti' di negeri itu.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuaray exco negeri akan datang.

“Kita juga akan mendapatkan nasihat daripada penasihat undang-undang kerajaan negeri.

“Jika anggota exco bersetuju, undang-undang ‘anti lompat parti’ itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November,” katanya pada sidang media di sini, Selasa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan