Projek Rapid: Tanah Perkuburan Islam Akan Turut Dipindah

Diterbitkan: Selasa, 21 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Tanah perkuburan Islam akan turut dipindahkan ke suatu lokasi baharu bagi memberi laluan kepada pembinaan projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak Dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang yang bernilai RM60 bilion.

Pejabat Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di dalam kenyataan pada Selasa berkata, lokasi tanah perkuburan Islam yang baharu di Pengerang itu telah pun dikenal pasti.

"Walaupun lokasi (tanah perkuburan Islam) telah dikenal pasti, tetapi usaha memindahkannya masih belum dilaksanakan dan kita masih berbincang dengan masyarakat Islam tempatan," menurut kenyataan pejabat Menteri Besar Johor itu.

Projek Rapid oleh syarikat minyak dan gas negara, Petronas itu merupakan salah satu daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan yang akan melonjakkan lagi sektor minyak dan gas negara.

Ia juga dijangka menarik pelaburan susulan bernilai RM100 bilion dalam industri minyak dan gas negara.

Kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa bagi menjelaskan kenyataan menteri besar pada Isnin. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan