Pindaan Akta Keterangan Akan Diperjelas Lebih Lanjut - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 21 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peguam Negara diminta untuk menjelaskan mengenai kontroversi pindaan Akta Keterangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Peguam Negara akan menjelaskan lebih lanjut mengapa pindaan itu dibuat.

“Jika dijelaskan dengan betul, saya percaya mereka yang berfikiran positif akan tahu mengapa pindaan itu dibentangkan di Parlimen dan diluluskan.

“Jika masih terdapat kebimbangan, undang-undang juga boleh diubah, dipinda dan dimansuhkan, tetapi jangan beremosi mengenainya,” katanya kepada pemberita rumah terbuka menteri-menteri Kabinet di Seri Perdana di sini.

Beliau merujuk pada pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan.

Hishammuddin turut berkata, beliau tidak mahu pindaan itu diperbincangkan sehingga ‘mengatasi’ program transformasi politik yang melihat pelbagai undang-undang keselamatan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikaji semula atau dihapuskan.

“Saya tidak mahu sesuatu isu itu akan menjejaskan keseluruhan program.

“Terdapat banyak undang-undang di mana ia disalah anggap sebagai sebaliknya,” katanya.

Pindaan itu, yang dikuatkuasakan pada bulan lepas, mengubah beban bukti dan mengandaikan penerbitan dan pemilikan yang menyinggung perasaan yang disiarkan di Internet yang dilakukan menggunakan identiti atau peranti seseorang individu.

Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) yang mengadakan tentang, antara lain melaksanakan kempen menghentikan pindaan itu yang melibatkan pelbagai blogger dan operator laman web meletakkan ‘banner’ hitam sebagai bantahan.

Ini menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menulis di twitternya dari Makkah beberapa hari lalu bagi mengarahkan Kabinet untuk membincangkan mengenai pindaan itu dalam mensyuarat mingguan mereka.

Bagaimanapun, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pindaan bagi Akta tersebut akan dikekalkan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan