Pemakaian Gelaran Keturunan Tidak Boleh Dibuat Sesuka Hati - JPN

Diterbitkan: Selasa, 21 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemakaian gelaran keturunan pada pangkal nama tidak boleh dibuat sesuka hati oleh mana-mana pihak, sebaliknya perlu mengikut peraturan yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan persatuan berkaitan.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said berkata, semua gelaran seperti Tunku, Tengku, Raja, Wan dan Megat hanya boleh dipakai oleh individu yang layak.

"Penamaan gelaran adalah berdasarkan kepada gelaran bapa dan status kanak-kanak itu sewaktu dilahirkan tanpa mengira tempat di mana kelahiran berlaku.

"Ia sebagaimana arahan Jabatan Pendaftaran Negara Bilangan 10/2011," katanya kepada Bernama, Selasa.

Jariah berkata, bagi kanak-kanak tidak sah taraf yang didaftarkan kelahiran di bawah Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299), penamaan gelaran adalah mengikut ibu dan bukannya bapa.

Dalam perkembangan lain Jariah berkata, sebanyak 36,908 perkahwinan yang berlangsung di luar negara didaftarkan semula di Malaysia sejak 12 tahun lepas.

Beliau berkata, pada 2001 sebanyak 1,692 perkahwinan didaftarkan, 2002 (2,243), 2003 (1,979), 2004 (2,205), 2005 (2,180), 2006 (2,791), 2007 (4,333), 2008 (4,576), 2009 (5,017), 2010 (4,551) dan 4,312 pada tahun lepas.

"Untuk tahun 2012 pula, setakat ini JPN telah mendaftarkan 1,029 perkahwinan," katanya.

Mengenai taraf kesedaran rakyat Malaysia untuk mendaftarkan perkahwinan yang berlangsung di luar negara, Jariah berkata ia adalah sesuatu yang subjektif untuk diukur. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan