Anwar Sah Pertahankan Kerusi Parlimen Permatang Pauh

Diterbitkan: Selasa, 21 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pengesahan tersebut ketika ditanya mengenai calon PKR yang akan dikemukakan oleh parti itu pada pilihan raya umum nanti.

"Tiada sebarang pengesahan siapa akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undang Negeri (DUN) UN mana, kecuali saya yang sah akan bertanding di Permatang Pauh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, di Pusat Khidmat PKR Guar Perahu di sini Isnin.

Pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkang kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding pada pilihan raya kecil untuk kerusi tersebut.

Pada pilihan raya kecil itu, Anwar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Arif Shah Omar Shah daripada Umno dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dengan majoriti 15,671 undi.

Dalam pada itu, Mansor berkata, PKR Pulau Pinang akan mengemukakan 30 peratus muka baru sebagai calon pada PRU ke-13.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan dan identiti calon terbabit, sambil menyifatkan mereka dipilih berdasarkan sifat tanggungjawab untuk berjuang dan berkhidmat demi masyarakat.

Mansor juga enggan mengulas sama ada beliau akan mempertahankan kerusi DUN Penanti dan bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan