29 Banduan Terpilih Bertemu Keluarga Sempena Program Jalinan Kasih

Diterbitkan: Selasa, 21 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kegembiraan jelas terpancar pada wajah 29 banduan di Penjara Sungai Buloh di sini Selasa apabila mereka terpilih mengikuti program Jalinan Kasih Aidilfitri yang memberi mereka peluang bertemu anggota keluarga masing-masing.

Seorang banduan yang hanya mahu dikenali Adam, 40, berkata kedatangan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna kerana berpeluang menyambutnya bersama-sama isteri dan anak-anak tersayang.

"Ini merupakan kali pertama saya dapat berjumpa keluarga secara dekat, dapat memeluk isteri dan tiga anak yang sentiasa memberi dorongan.Saya bersyukur terpilih dan diberi peluang berjumpa dan memohon maaf atas segala kesalahan yang dilakukan," katanya yang dipenjarakan atas kesalahan jenayah seksual dan akan dibebaskan pada 2016.

Bekas konsultan ini berkata banyak pengajaran yang didapati sepanjang tiga tahun berada di sebalik tirai besi yang banyak mengajarnya erti kesabaran dan keinsafan.

"Semasa di luar, saya banyak tinggalkan solat. Tapi alhamdulillah, apabila berada di sini, kami lakukan semua tu dan dorongan kawn-kawan juga sedikit sebanyak membantu kami berubah dan insaf atas kesilapan masa lalu," katanya yang merancang untuk membuka perniagaan sendiri apabila dibebaskan kelak.

Seorang lagi penghuni yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmat, 22, berasal dari Kedah, melahirkan kegembiraan dapat bertemu abangnya walaupun terkilan kerana tidak dapat bermaafan dengan ibu bapanya.

"Abang saya kata, dia memang tak mahu bawa mak sebab mak ada penyakit lemah jantung dan lumpuh. Dia takut bila jumpa saya nanti, mak tak dapat kawal perasaan dan sakit jantungnya datang," kata anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik ini.

Katanya apabila keluar kelak, dia berazam untuk membuka bengkel motosikal kerana di dalam penjara, dia melakukan kerja tersebut dan sesuai dengan kemahirannya.

Sementara itu, Timbalan Komisioner Pengarah Penjara Sungai Buloh, Narander Singh berkata, program Jalinan Kasih pada tahun ini mendapat sambutan ekoran jumlah tertinggi banduan yang terpilih untuk bertemu keluarga masing-masing berbanding sebelum ini.

Beliau berkata, kesemua 29 penghuni itu diberi peluang berikutan sikap positif dan tingkah laku yang baik sepanjang mereka berada di penjara tersebut dan baki hukuman tiga tahun ke bawah.

"Program berkenaan memberi peluang kepada banduan untuk berjumpa keluarga secara dekat dan bersemuka berbanding sebelum ini mereka hanya boleh bercakap melalui telefon tetapi hari ini mereka dapat berjumpa dan memeluk anggota keluarga masing-masing," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Kira-kira 150 anggota keluarga hadir dalam program selama kira-kira dua jam itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan