Perjalanan Kereta Api KL-Tumpat Ikut Jadual - KTMB

Diterbitkan: Isnin, 20 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Perjalanan kereta api Ekspres Wau Kuala Lumpur-Tumpat berjalan lancar walaupun dua gerabak tergelincir di Kampung Sungai Yu, Merapoh, Kuala Lipis, Pahang, Sabtu lepas.

Jurucakap Bahagian Komunikasi Korporat KTMB berkata, penumpang tidak perlu bimbang dengan jadual perjalanan kerana ia mengikut yang ditetapkan pada tiket yang telah ditempah.

"Pihak pengurusan KTMB dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang membuat pemantauan dari segenap sudut bagi memastikan perkhidmatannya tidak terjejas ekoran kemalangan itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Isnin.

Jurucakap itu berkata, KTMB juga mengambil langkah berhati-hati dengan mengurangkan had laju tren ke tahap minimum iaitu 15 km/jam di kawasan kemalangan bagi mengelak kerosakan landasan yang baru dibaik pulih.

Katanya, pihaknya akan memberi maklumat terkini kepada penumpang dari semasa ke semasa, termasuk pengesahan perjalanan, melalui stesen yang terdapat di laluan dari Tumpat ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, dua daripada 14 gerabak Ekspres Wau tergelincir ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

Tiga penumpang cedera parah manakala lapan lelaki cedera ringan dan dirawat di Hospital Gua Musang. Mereka dilaporkan semakin pulih. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 28 November 2014 12:15 AM

Anak Doakan Nurul Wahab Dapat Bayi Kembar

Khamis, 27 November 2014 2:11 PM

Syabu Dalam Ekzos Bernilai RM4.1 Juta Dirampas

Rabu, 26 November 2014 10:44 PM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 3)

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan