KSU Diarah Jumpa Pegawai Kerajaan S'gor Selesai Projek Langat 2 - Peter Chin

Diterbitkan: Isnin, 20 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengarahkan ketua setiausaha (KSU) kementeriannya untuk berjumpa dengan kerajaan negeri Selangor bagi menyelesaikan isu pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

“Ketua setiausaha saya telah diminta untuk mengadakan perjumpaan dengan ketua setiausaha kerajaan negeri Selangor,” kata Datuk Seri Peter Chin pada rumah terbuka Hari Raya di kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, Ahad.

Ketika ditanya bilakah perjumpaaan itu akan diadakan, beliau berkata “secepat mungkin.”

“Ia mungkin selepas Hari Raya. Saya minta kerajaan Selangor untuk duduk bersama dengan kita bagi mendapat kata sepakat.

“Biarkan projek itu dilaksanakan. Mengenai isu pengendalian loji itu apabila ia siap kelak, kita boleh berbincang mengenainya,” katanya.

Beliau berkata, kata sepakat mesti dicapai bagi memastikan loji berkenaan dapat disiapkan menjelang 2015.

“Air tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia tidak memberi faedah kepada semua. Akhirnya, kita tidak dapat satu persetujuan kerana politik, rakyat pula akan menderita kerana tiada air,” katanya.

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri buntu mengenai isu bekalan air di Selangor sejak beberapa tahun, di mana kedua-duanya tidak bersetuju mengenai keperluan mengadakan Loji Rawaran Air Langat 2.

Chin berulang kali menyatakan pendirian kerajaan persekutuan bahawa beberapa loji yang dijalankan oleh kerajaan negeri telah melebihi kapasiti bagi memenuhi permintaan, menjadikan satu keperluan untuk membina yang baru dengan mencadangkan projek Loji Rawatan Air Langat 2 secepat mungkin bagi mengelakkan krisis yang bakal berlaku seawal 2014.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan