Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 19 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini (Ahad), demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 19 Ogos 2012," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan