Sebaran Lokasi Perangkap Had Laju Tidak Benar - PDRM

Diterbitkan: Ahad, 19 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu menasihatkan pengguna lebuh raya supaya tidak terpedaya dengan sebaran di laman blog dan Facebook berhubung lokasi perangkap had laju sempena Aidilfitri.

PDRM melalui laman Facebooknya, berkata sebaran mengenai lokasi pemasangan kamera perangkap had laju menerusi laman sosial tersebut adalah tidak benar.

Menurutnya, ini kerana PDRM tidak meletakkan secara tetap kamera perangkap had laju di jalan raya di seluruh negara.

"Sehubungan itu, polis menasihatkan supaya orang ramai tidak mudah mempercayai maklumat yang disebarkan melalui bolg-blog dan facebook," demikian menurut laman Facebook berkenaan.

Dakwaan tersebut mula tersebar di laman-laman sosial berkenaan dua hari sebelum pelancaran 'Op Selamat' sempena musim perayaan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada 10 Ogos lepas.

Antara lain, sebaran di Facebook bertajuk 'Lokasi Perangkap Had Laju Sempena Aidilfitri 2012 PLUS' itu mendakwa terdapat sebanyak 40 lokasi perangkap had laju membabitkan laluan di Lebuhraya Utara-Selatan.

Jumlah itu termasuk lima lokasi di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), empat di Lebuhraya ELITE dan tiga di Lebuhraya Kesas.

Kira-kira 6,000 anggota keselamatan termasuk polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertugas sepanjang Op Selamat yang akan berakhir Jumaat depan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Kolumnis

iklan

Iklan