Rumah Pangsa Kos Rendah Kerajaan Seluruh Negara Akan Diperindah

Diterbitkan: Ahad, 19 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Semua rumah pangsa kos rendah kerajaan akan diperindahkan bermula bulan depan bagi mengelakkan bangunan itu memburukkan pemandangan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, Kabinet memutuskannya dalam mesyuarat yang diadakan baru-baru ini.

Pihak berkuasa akan menjalankan kerja-kerja mengecat dan menaik taraf rumah pangsa di bawah kempen “My Good Neighbourhood”.

“Beberapa blok rumah pangsa kelihatan usang tetapi tiada apa yang boleh dilakukan oleh penduduk kerana mereka tidak mampu untuk menyelenggara kawasan itu.

“Persatuan-persatuan penduduk turut mengalami masalah untuk mengumpulkan sumbangan serendah RM20 daripada penghuni setiap bulan dan sebab itu kawasan-kawasan berkenaan dibiarkan begitu sahaja,” kata beliau, sambil menambah bahawa kementeriannya akan mengumpulan maklumat daripada majlis perbandaran tempatan terhadap kawasan yang perlu diperindahkan.

Antara yang pertama akan mendapat manfaat daripada projek tersebut ialah penduduk yang tinggal di beberapa blok di rumah pangsa di Lobak, dekat sini, dan di Alor Setar, Kedah.

Beliau berkata, sejumlah RM3.8 juta diperuntukkan untuk projek Lobak manakala RM5.6 juta lagi untuk di Alor Setar.

Chor berkata, progam itu di bawah inisiatif kerajaan iaitu Strategi Laut Biru yang turut melibatkan beberapa kementerian lain.

“Kami berharap untuk melakukannya terhadap skim perumahan rakyat sebanyak mungkin,” katanya.

Ketika ditanya mengenai jumlah yang diperuntukkan oleh Kerajaan untuk program itu, Chor berkata, ia bergantung pada bilangan skim perumahan yang dikenal pasti oleh majlis perbandaran tempatan.

“Kita akan bekerja mengikut kemampuan dan memohon peruntukan sewajarnya,” tambah beliau lagi.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan