PM Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid Negara

Diterbitkan: Ahad, 19 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Ahad menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara bersama kira-kira 15,000 umat Islam pelbagai bangsa sama ada rakyat Malaysia ataupun mereka yang bekerja di sini.

Najib yang berbaju Melayu merah jambu diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Solat sunat pada Ahad diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad dan khutbahnya disampaikan oleh Jamil Khir.

Najib dan para pemimpin negara yang lain kemudian menziarahi pusara Perdana Menteri Malaysia kedua iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang juga ayahanda kepada Najib.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan