Pesawat MAS Berpatah Balik Ke Heathrow Akibat Masalah Teknikal

Diterbitkan: Ahad, 19 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow di London menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu, berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow kira-kira sejam kemudian ekoran masalah teknikal pada enjin No 2 pesawat.

Penerbangan MH1, yang berlepas pada 10.15 malam menuju KLIA dengan membawa 340 penumpang, selamat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow pada 11.19 malam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini Sabtu, MAS berkata, krew yang mengendalikan pesawat B747-400 membuat keputusan itu disebabkan masalah teknikal.

"Demi mengutamakan keselamatan penumpang, keputusan dibuat bahawa pesawat itu tidak seharusnya meneruskan penerbangan ke KLIA," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut MAS menyediakan pemindahan dan penginapan hotel di London kepada semua penumpang terbabit dan akan memaklumkan urusan perjalanan alternatif bagi penerbangan mereka ke KLIA.

Syarikat penerbangan nasional itu memohon maaf kepada semua penumpang kerana gangguan yang tidak dijangka itu kepada rancangan penerbangan mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan