PAS Amal Politik Tidak Matang Isu Nasharudin Temui PM Di Makkah - Mustapha

Diterbitkan: Ahad, 19 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pemimpin dan anggota PAS dilihat mengamalkan politik tidak matang dalam isu pertemuan bekas Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Mereka sepatutnya mengamalkan politik secara terbuka, tidak bermakna jumpa dan bergambar bersama, nak 'sertai' terus. Kita perlu matang dalam berpolitik, bukan macam budak-budak," katanya ketika ditemui Bernama di sini, Ahad.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Najib bersama anggota Kabinet di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Pada Khamis lepas, selepas pulang dari Makkah, Nasharudin berkata, pertemuan antara Najib dan para ulama di Makkah baru-baru ini tidak sedikit pun menyentuh soal Umno atau PAS kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu iaitu mengenai ummah.

Sehari sebelum itu, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak hairan jika Nasharudin keluar daripada PAS setelah dilihat bersama Najib di Makkah pada Selasa lepas.

Mengulas isu pertikaman lidah antara Nasharudin dan Pengerusi DAP Karpal Singh mengenai isu hudud, Mustapa berkata, perkara berkenaan melibatkan kedua-dua individu tersebut dan BN tidak akan masuk campur terhadap soal tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan