Kedutaan Malaysia Di Syria Diarah Tutup Sementara - Anifah

Diterbitkan: Ahad, 19 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengarahkan kedutaan Malaysia di Syria ditutup buat sementara waktu berikutan konflik dalam negeri di negara itu yang semakin meruncing, kata Menterinya, Datuk Seri Anifah Aman.

Namun, katanya buat masa ini kedutaan Malaysia di Damsyik tidak dapat ditutup sepenuhnya kerana masih terdapat lapan pelajar negara ini di Syria yang enggan pulang.

Terdapat seramai 130 pelajar Malaysia berdaftar dengan pihak kedutaan dan 107 daripadanya dibawa pulang kerajaan melalui proses evakuasi, tujuh orang pulang dengan sendiri dan lapan lagi sedang bercuti.

"Buat masa ini tak boleh tutup sepenuhnya kerana pegawai kita di Syria perlu menguruskan rakyat Malaysia yang ada di sana," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Bersama Menteri-menteri Kabinet di Seri Perdana di sini, Ahad.

Dalam pada itu, Anifah berkata, tuduhan pembangkang bahawa beliau banyak menghabiskan masa di Kota Kinabalu, Sabah berbanding di Kuala Lumpur adalah tidak berasas sama sekali.

"Periksa dulu fail baru cakap," katanya mengulas kenyataan pembangkang yang mahu beliau meletak jawatan kerana dikatakan kerap berada di Sabah.

Anifah berkata, sebagai anggota Parlimen dari Sabah (Kimanis), sudah semestinya beliau perlu berada di kawasan untuk memastikan tanggungjawab terhadap rakyat yang diwakili tidak terabai.

Katanya, di sebalik tugas sebagai Menteri Luar, tanggungjawab selaku anggota Parlimen tidak boleh dipandang sambil lewa kerana pembangkang sentiasa menanti untuk masuk ke kawasan milik Barisan Nasional.

"Kalau pembangkang rasa boleh masuk ke Kimanis, jangan harap... mereka tak akan berjaya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan