'Op Selamat' Positif Setakat Ini

Diterbitkan: Sabtu, 18 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 'Op Selamat' yang menumpu kepada keselamatan jalan raya dan harta benda yang ditinggal pemilik rumah sempena musim perayaan, menunjukkan hasil positif sejak dilancarkan 12 Ogos lepas.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid berkata ini berdasarkan statistik pada tahun lepas, yang menunjukkan penurunan bagi tempoh sama tahun ini.

"Apa yang saya boleh katakan, matlamat kita ke arah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan jenayah membabitkan harta benda pada musim perayaan ini, adalah postif setakat ini.

"Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya akan keluarkan kedua-dua statistik (kemalangan jalan raya dan harta benda) setelah operasi ini selesai," katanya kepada pemberita selepas majlis gotong-royong memasak lemang, ketupat, rendang dan dodol di Markas Bridged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Sabtu.

Beliau berkata pada akhir operasi yang ditambah baik daripada 'Ops Sikap' ini, PDRM akan turut mengeluarkan analisis terperinci berhubung operasi itu, antaranya faktor penyumbang kemalangan jalan raya dan jenayah pecah rumah.

"Orang ramai diharap mendapat gambaran dan situasi sebenar apabila statistik serta analisis ini dikeluarkan kelak. Dari situ, mereka boleh menilai keberkesanan operasi ini," katanya. Operasi yang bertema 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi' itu akan berlangsung selama 15 hari.

Mengenai majlis gotong rotong, Salleh berkata juadah yang disediakan akan diagih kepada Batalion 4,5,6 dan 19 PGA serta batalion khas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Ia juga akan diagih kepada pegawai dan anggota yang bertugas di kawasan Op Nyah Pantai Selangor dan Johor sebagai menghargai tugas serta tanggungjawab mereka yang bertugas pada 1 Syawal," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan