12 Tahanan ISA Diberi Pelepasan Awal

Diterbitkan: Sabtu, 18 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BULOH: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata 12 tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (isa) telah diberi pelepasan awal oleh Kerajaan berkuat kuasa Jumaat.

Hishammuddin berkata 12 mereka terdiri daripada lapan yang terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia manakala empat lagi terlibat dalam keganasan.

Tujuh adalah rakyat Malaysia, tiga Indonesia dan dua Pakistan.

"Pembebasan itu dilakukan setelah Kerajaan berpuas hati bahawa mereka telah menjalani pemulihan yang diperlukan, menyedari kesalahan yang mereka telah dilakukan dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara berdasarkan laporan pihak polis," kata Hishammuddin.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan ke penjara Sungai Buloh, Jumaat.

Dengan pelepasan terkini ini, Kerajaan telah membebaskan sejumlah 25 orang yang ditahan di bawah ISA sejak Akta itu dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan 2012 yang berkuat kuasa pada 9 Mei.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan