Ongkili Perjelas Isu Lompat Parti Di Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 17 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili memperjelaskan bahawa beliau hanya merujuk kepada fakta sejarah politik Sabah ketika mengulas isu melompat parti di negeri itu.

"Saya tidak berniat sama sekali untuk menyerang atau menyinggung perasaan mana-mana tokoh mahupun menyasarkan mana-mana individu ketika mengulas tindakan terbaru tiga ahli politik Barisan Nasional (BN) Sabah yang berpaling tadah menyokong pembangkang," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata demikian ketika merujuk laporan berita pada Khamis mengenai ulasannya berkenaan tindakan pemimpin BN Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Wilfred Bumburing dan Datuk Maijol Mahap yang melompat parti baru-baru ini.

Dalam laporan tersebut beliau dipetik sebagai berkata insiden ahli politik Sabah yang melompat parti pada 1994 menerima hukuman daripada masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) pada pilihan raya negeri 1999.

"Saya tidak mempunyai niat jahat terhadap mana-mana pemimpin dengan menamakan mereka yang sebenarnya melompat parti pada episod 1994 di Sabah.

"Saya semata-mata menggambarkan bagaimana semasa episod pada 1990an, rakyat Sabah telah bertindak balas terhadap ahli politik yang lompat parti," jelasnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan