Jana Niaga Setuju Buka Semula Operasi Asrama Unisel

Diterbitkan: Jumaat, 17 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Isu masalah penempatan asrama membabitkan kira-kira 1,600 pelajar Universiti Selangor (Unisel) akhirnya selesai selepas syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) bersetuju membuka semula dan melaksanakan operasi pejabat Residen Komuniti Siswa bermula 23 Ogos ini.

Persetujuan itu dicapai pada sesi pendengaran mahkamah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat selepas Unisel memfailkan permohonan perintah agar JNSB membuka semula pejabat residen di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, menerusi prosiding mahkamah dihadapan hakim Zabariah Mohd Yusof, JNSB iaitu pihak yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan asrama Unisel melalui peguamnya memberi persetujuan tersebut.

Bagaimanapun menurut peguam yang mewakili Unisel, Edmund Bon Tai Soon, penyelesaian itu hanya membabitkan isu penempatan pelajar dan bukannya pertikaian dakwaan hutang yang wujud antara JNSB dan universiti milik kerajaan Selangor itu.

"Apa yang penting kita dapat selesaikan masalah pelajar kerana ia melibatkan kebajikan mereka.

"Isu pertikaian lain, peguam Unisel dan peguam Jana Niaga akan mulakan perbincangan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri," katanya pada sidang media di kampus Unisel di sini, Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan sejumlah pelajar Unisel berhadapan masalah tempat tinggal ekoran asrama mereka tidak dibuka pada sesi pendaftaran awal bulan ini.

Ia berikutan pekerja pengurusan asrama di bawah JNSB tidak hadir bekerja kerana tidak dibayar gaji sejak berbulan-bulan lamanya.

Perkara itu disebabkan syarikat konsesi berkenaan terpaksa menanggung kos setelah Unisel gagal membayar hutang tunggakan penyenggaraan kampus induk selama 17 bulan manakala lapan bulan lagi bagi kos penyenggaraan asrama.

Sebahagian pelajar yang telah mendaftar pada 7 Ogos lalu ada yang terpaksa menumpang di bilik rakan-rakan sekuliah dan surau setelah gagal mendapat kunci bilik asrama masing-masing.

Keadaan tersebut menyebabkan pengurusan Unisel terpaksa menunda tarikh kemasukan semester baru kepada 27 Ogos ini.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan