Wajib Pamer Harga Lama, Baru

Diterbitkan: Khamis, 16 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peniaga yang ingin membuat jualan murah mesti meletakkan dua harga iaitu harga asal dan harga baru bagi mengelakkan penipuan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata peniaga yang menipu dan tidak mengikut syarat jualan murah seperti ditetapkan akta itu, boleh dihukum denda antara RM500,OOO hingga RM1 juta untuk kategori pertubuhan.

Untuk kategori perseorangan pula, mereka boleh didenda tidak lebih RM250,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

"Berdasarkan Akta Perihal Dagangan, harga asal adalah bukti jualan semasa enam bulan lepas. Manakala harga baru pula khas dikeluarkan semasa musim perayaan," katanya selepas melawat ke sebuah pasar raya di sini, Khamis.

Beliau berkata sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini, kementerian mengenalpasti 118 kes daripada 88 aduan mengenai penipuan jualan murah membabitkan rampasan barangan bernilai hampir RM250,000.

"Saya banyak terima aduan melalui twitter, facebook, chat online dan portal kementerian.

"Antara aduan ialah kurang yakin dengan jualan murah itu benar-benar murah. Ada yang mendakwa harga itu sengaja dinaikkan kemudian dipotong untuk jualan murah dan sebagainya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan