Rumah Terbuka PM Dan Kabinet Di Seri Perdana Pada Raya Pertama

Diterbitkan: Khamis, 16 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersama anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri pada hari raya pertama di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya mulai 10.30 pagi hingga 4 petang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini, orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan secara percuma bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Sebanyak 16 bas disediakan dari 10.30 pagi hingga 6 petang di empat lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Park and Ride Presint 1, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Orang ramai disaran menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang terdapat di empat lokasi itu pada setiap 15 minit .

Menurut kenyataan itu lagi, Najib yang juga merupakan anggota Parlimen Pekan, Pahang akan mengadakan rumah terbuka di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan pada 26 Ogos bersamaan Ahad mulai 10 pagi hingga 2 petang. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan