Pengeluaran Simpanan KWSP Antara Umur 55 Hingga 60

Diterbitkan: Khamis, 16 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pekerja sektor swasta boleh mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP) mereka pada bila-bila masa antara umur 55 dan 60.

"Ia bukan hanya pada 55 atau 60. Anda boleh mengeluarkannya pada umur 55, 56, 57, 58, 59, 60, dan pada bila-bila masa," kata pengurus besar perhubungan awamnya Nik Affendi Jaafar.

Beliau memberitahu The Star bahawa setiap ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa selepas umur 55 tahun menggunakan satu atau lebih daripada tiga pilihan berbeza - secara 'lump sum', dibayar bulanan atau pada bila-bila masa tertakluk kepada jumlah minimum sebanyak RM2,000 pada jangka masa sekurang-kurangnya 30 hari.

"Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum sebanyak RM2,000 setiap 30 hari jika mereka rasa pengeluaran sekali gus dan pengeluaran bulanan tidak memenuhi keperluan mereka," katanya.

Nik Affendi berkata pekerja yang mengeluarkan simpanan mereka pada umur 55 tahun boleh terus membuat simpanan sehingga mereka bersara dan pada umur 50 mereka boleh menarik diri daripada menyimpan di Akaun Dua.

Pada Selasa, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengumumkan bahawa Akta KWSP 1991 akan dipinda sebagai memenuhi perubahan.

Pindaan itu adalah sejajar dengan Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012, yang telah diluluskan di Parlimen awal tahun ini dan memberi kesan kepada sektor swasta.

Rang Undang-Undang tersebut menaikkan umur persaraan minimum dalam sektor swasta dari 55 ke 60. Ia menyatakan bahawa majikan tidak boleh memaksa pekerja mereka untuk bersara sebelum mencapai umur 60 tahun.

Pesalah boleh didenda sehingga RM10,000.

Apabila Rang Undang-Undang telah dibentangkan untuk bacaan, ia menimbulkan kebimbangan daripada kumpulan pekerja mengenai umur pengeluaran KWSP, dengan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa simpanan hanya boleh dikumpul pada usia 60.

Walau bagaimanapun, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan sistem seperti itu.

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, 80 peratus daripada pekerja memilih untuk mengeluarkan simpanan KWSP mereka pada usia 55 tahun.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan