Panel Penasihat Harap Dapat Jumpa Majlis Peguam - Hanif

Diterbitkan: Khamis, 16 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Panel Penasihat Bebas Perhimpunan Bersih 3.0 telah menghantar surat kepada Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee untuk mengadakan sesi pertemuan pada 3 September ini bagi membincangkan lebih lanjut insiden yang berlaku pada perhimpunan 28 April itu.

Pengerusi panel, Tun Hanif Omar berkata jika tarikh atau tempat yang ditetapkan itu tidak sesuai, mereka bersedia menukarkannya mengikut keselesaan pihak Majlis Peguam bagi menyempurnakan sesi pertemuan berkenaan.

Katanya pihak panel juga bersedia membincangkan secara lanjut dengan Majlis Peguam tentang peranan serta tujuan penubuhan panel berkenaan.

"Saya akan mengambil kesediaan Majlis Peguam untuk bertemu dengan saya dan kita boleh berbual, mungkin cuba membawa mereka untuk berbincang lebih sedikit dan menegaskan harapan kerajaan mewujudkan panel ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan raya kepada badan-badan kebajikan di Wisma Genting, di sini, Khamis.

Sebelum ini, Lim dan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga memutuskan untuk tidak menghadiri sesi keterangan dengan panel itu kerana berpendapat ia tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk menyiasat apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih 3.0, tidak seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang telah mengadakan pendengaran awam bagi menyiasat perkara itu.

Lim berkata pihaknya bersedia bertemu dengan Hanif bagi membincangkan sebab-sebab menolak jemputan.

Hanif, yang juga bekas Ketua Polis Negara, berharap dapat berjumpa dengan Lim dan Ambiga meskipun kedua-dua mereka bertegas tidak mahu memberi keterangan berhubung dengan siasatan itu.

Terdahulu, Hanif, yang juga Timbalan Pengerusi Genting Malaysia Berhad, menyampaikan sumbangan tunai Hari Raya berjumlah RM250,000 kepada 25 organisasi kebajikan terpilih sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi meringankan beban perbelanjaan mereka sempena sambutan Aidilfitri.

"Walaupun tanggungjawab sosial korporat kami lebih bertumpu kepada aktiviti sukan, pendidikan serta pembangunan mampan dan alam sekitar, kami turut mementingkan penjagaan dan fokus terhadap peningkatan nilai hidup warga-warga yang kurang bernasib baik tahun demi tahun," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian itu.

Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Malaysia Berhad, Datuk Lee Choong Yan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan