Nasharudin Perlu Jumpa Majlis Syura PAS

Diterbitkan: Khamis, 16 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa perlu berhadapan dengan Majlis Syura Ulama parti itu ekoran kenyataan kontroversinya yang dilihat bertentangan dengan dasar parti khususnya membabitkan kerjasama antara DAP dalam pakatan pembangkang.

Malah Ahli Parlimen Bachok itu juga berkemungkinan boleh dihadapkan dan disiasat Jawatankuasa Disiplin PAS sekiranya gagal memberi penjelasan kukuh kepada Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan Mursyidul Amnya, datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Nasharudin perlu memberi penjelasan terperinci berhubung kenyataannya yang bertentangan dengan dasar parti.

"Nasharudin bukan sahaja buat kenyataan yang berbeza dengan dasar parti, tapi kenyataannya itu bertentangan dengan apa yang beliau sendiri ucapkan dalam muktamar bahawa keputusan Tahaluf Silasi bersama dengan DAP dan PKR telah melalui satu perbincangan mendalam dengan para ulamak muktabar.

"Jadi beliau perlu jelaskan pendiriannya yang sebenar. Mungkin beliau ada penjelasan tersendiri atau mungkin kenyataannya diselewengkan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Nasharudin baru-baru ini menggesa PAS menyatakan pendirian tegas berhubung penghinaan Pengerusi DAP, Karpal Sigh dalam isu hukum hudud yang akhirnya disambut dengan perasaan marah pemimpin parti itu.

Ditanya sama ada Nasharudin akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat, Tuan Ibrahim berkata: "Ia bergantung kepada penjelasan beliau. Kalau Majlis Syura Ulama tidak berpuas hati...kemungkinan (dirujuk jawatankuasa disiplin) itu ada."

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan