MBSA Sedang Kenal Pasti Lokasi Sesuai Bina Terminal Bas Baru

Diterbitkan: Khamis, 16 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedang mengenal pasti lokasi sesuai untuk membina terminal bas baru bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih tersusun dan selesa kepada pengguna di bandar raya itu.

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata terminal baru itu perlu bagi menggantikan Terminal Bas Seksyen 17 di sini bagi menampung penumpang dan bas yang semakin bertambah.

"Terminal sedia ada kini menampung pengguna yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres terutamanya untuk perjalanan ke Pantai Timur selain utara dan selatan dan sesak setiap kali musim perayaan, cuti sekolah dan cuti umum," katanya kepada pemberita ketika program turun padang bertemu dengan pemandu dan penumpang bas ekspres di Terminal Bas Seksyen 17 di sini Khamis.

Beliau berkata terminal bas baru itu nanti akan dibina dengan kemudahan lebih baik termasuk memasang pendingin hawa di kawasan penumpang menunggu.

Terdahulu, Mohd Jaafar menyampaikan 150 beg berisi barangan seperti minuman tenaga, kuih raya dan tuala kepada pemandu dan penumpang bas yang memulakan perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

MBSA turut memasang khemah khas 'marque tent' yang boleh memuatkan 100 penumpang untuk menunggu bas selain kemudahan surau sementara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan