Gadis 22 Tahun Berjaya Dibawa Pulang Dari Lombok Oleh KP1M

Diterbitkan: Khamis, 16 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bersama Nur Shahira Samsuri,22 (tengah) yang melarikan diri mengikut kekasihnya ke Lombok dan seorang warga Lombok, Madon Saban bersama anaknya Ismadani Madon, 4, iaitu suami kepada Suriani Abdul WAhab,21, sejurus tiba dari Lombok di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT).-fotoBERNAMA
Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bersama Nur Shahira Samsuri,22 (tengah) yang melarikan diri mengikut kekasihnya ke Lombok dan seorang warga Lombok, Madon Saban bersama anaknya Ismadani Madon, 4, iaitu suami kepada Suriani Abdul WAhab,21, sejurus tiba dari Lombok di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT).-fotoBERNAMA

SEPANG: Seorang gadis berusia 22 tahun yang melarikan diri mengikut kekasihnya ke Lombok Tengah, Indonesia pada Jun lepas berjaya dibawa pulang ke tanah air malam semalam oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan disatukan dengan keluarganya.

Ketibaan Nur Shahira Samsuri yang berasal dari Jitra Kedah pada 11.15 malam disambut Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan anggota keluarganya di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

KP1M turut membawa pulang seorang warga Lombok Barat Madon Saban, 31, untuk disatukan dengan isterinya Suriani Abdul Wahab, 21,. Turut serta anak pasangan itu yang berumur empat tahun, Ismadani.

Suriani Abd Wahab, 21, yang mengikut Madon ke kampungnya, dibawa pulang KP1M untuk disatukan dengan keluarganya di Baling Kedah, pada 29 Mei lepas.

Ketika ditemui pemberita, Nur Shahira yang bakal mengikuti pengajian Sarjana Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor sesi 2012/2013 pada awal September nanti berkata dia amat menyesal dengan apa yang telah dilakukannya.

"Saya amat menyesal apa yang saya telah lakukan dan saya nak lupakan semua perkara itu. Selepas ini saya mahu menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran saya di UTM Johor," katanya.

Sementara itu, ayahnya Samsuri Husin, 51 mengucapkan terima kasih kepada KP1M atas segala usaha membawa pulang anak kedua daripada lima anaknya.

"Syukur kita berjaya dapat anak sebelum hari raya tahun ini. Kita mahu dia (Nur Shahira) fokuskan dalam pelajaran. Terima kasih kepada Datuk Abdul Azeez dan KP1M atas usaha mereka membawa anak saya," katanya.

Sementara itu Abdul Azeez berkata terdapat ramai gadis negara ini di Lombok dan sehingga kini KP1M berjaya membawa pulang seramai 50 gadis ke tanah air atas permintaan anggota keluarga.

"Kita tidak tahu jumlah sebenar...tetapi hasil tinjauan kita mendapati bahawa ramai gadis kita di Lombok. Kesemua mereka jatuh cinta dengan lelaki Lombok sewaktu bekerja di negara ini dan ikut mereka," katanya.

Menurutnya KP1M juga akan memulakan kempen kesedaran terhadap wanita tempatan, terutamanya yang bekerja di sektor perladangan dan pertanian agar tidak terpedaya dengan pujukan lelaki asing yang bekerja di negara ini dan mengikut mereka ke negara asal mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan