Tidak Patut Lantik Kontraktor Baru Selagi Tiada Jaminan NFCorp Bayar Dana RM250 Juta - PKR

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kontraktor baru untuk projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak seharusnya dilantik oleh kerajaan sehinggalah dana awam melibatkan jumlah RM250 juta dikembalikan sepenuhnya oleh kontraktor terdahulu, NFCorp.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu disahkan terlebih dahulu mengenai penyerahan semula tender NFC kerana ia melibatkan liabiliti kewangan NFCorp.

"Adalah menjadi tanggungjawab untuk mendapatkan jaminan peribadi setiap anggota keluarga Datuk Shahrizat Jalil bahawa dana awam RM250 juta itu dikembalikan sepenuhnya," katanya pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR, dekat sini, Rabu.

Projek NFC, melalui NFCorp diterajui oleh suami bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurut Rafizi, melalui jaminan peribadi, kerajaan wajar menyita sebarang harta mereka jika NFCorp gagal menjelaskan dana yang didakwa diseleweng apabila lantikan mereka sebagai kontraktor projek ditamatkan.

Beliau merujuk kenyataan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar pada 13 Ogos lalu bahawa proses tender semula NFC sedang dijalankan.

Melalui kenyataan tersebut Rafizi juga mendakwa tindakan kerajaan menjalankan proses tender kali kedua untuk melantik kontraktor baru adalah muslihat untuk melupuskan hutang NFC.

Justeru beliau menuntut kerajaan supaya memastikan tidak ada sebarang hutang NFC yang akan dilupuskan.

"NFCorp perlu membayar setiap satu sen RM250 juta melalui jaminan peribadi.

"Kerajaan juga perlu mengesahkan tiada lantikan baru dibuat sehinggalah dana RM250 juta itu dikutip sepenuhnya," tegas Rafizi.

Tambah beliau, walaupun kontraktor yang baru dilantik untuk projek ini, kerajaan perlu memastikan dana baru tidak disuntik ke dalamnya.

Ini kerana, katanya, dana sedia ada sebanyak RM250 juta perlu digunakan dan diperolehi daripada NFCOrp terlebih dahulu.

Dalam perkembangan yang sama Rafizi turut mempertikaikan dapatan audit oleh sebuah pasukan audit bebas yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih belum dibentangkan kepada rakyat.

"Sehingga sekarang...sudah hampir enam bulan kita tak dengar apa-apa maklumat pun mengenai audit ini," katanya.

Isu NFC, yang diterajui Datuk Dr Mohamad Salleh, suami Shahrizat mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Shahrizat sendiri menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan projek berkenaan.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan