PM Akan Selesaikan Isu Kuota Haji Dengan Raja Arab Saudi

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Keempat di sini, akan mennyelesaikan isu kuota haji dengan Raja Abdullah Abdul Aziz.

Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tiada pertemuan khas diatur bagi Perdana Menteri dengan Raja Arab Saudi.

Beliau berkata sehingga kini, kerajaan Saudi masih belum mengumumkan sebarang kuota haji yang baru untuk Malaysia.

"Kami tidak mendengar apa-apa berita dan, atau, mendapat apa-apa maklumat. Saya fikir PM akan cuba (untuk bercakap dengan Raja Abdullah) semasa sidang kemuncak," kata Jamil Khir, yang merupakan sebahagian daripada delegasi rasmi yang turut serta, pada Selasa.

Malaysia berisiko menghadapi sekatan mengerjakan haji bagi musim haji yang semakin hampir selepas sekumpulan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 di sini dan di Madinah pada April lalu.

Kerajaan Saudi sangat sensitif terhadap sebarang bentuk perhimpunan yang menyalahi undang-undang di atas tanah suci dan dikatakan akan menimbang sekatan atau penggantungan terhadap rakyat Malaysia yang menunaikan haji atau umrah.

Kuota haji secara tradisinya diumumkan pada bulan Ramadan dan dengan beberapa hari yang tinggal sebelum penghujung bulan puasa, rakyat Malaysia mengesahkan untuk menunaikan haji sedang menunggu sama ada mereka dibenarkan menjejakkan kaki di Kota Suci Mekah.

Kuota sedia ada bagi jemaah Malaysia ialah kira-kira 27,000, yang merupakan satu peratus daripada jumlah penduduk negara ini.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan