Pekerja Swasta Punyai Pilihan Keluar Wang KWSP Pada Usia 55 Atau 60 Tahun - Berita Semasa | mStar

Pekerja Swasta Punyai Pilihan Keluar Wang KWSP Pada Usia 55 Atau 60 Tahun

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bermula tahun depan, pekerja sektor swasta mempunyai pilihan untuk mengeluarkan wang daripada Kumpulan Wang Simpang Pekerja (KWSP) pada usia 55 atau 60 tahun apabila mereka bersara.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata satu pindaan kepada Akta KWSP 1991 akan dilakukan untuk memudahkan peraturan ini.

Menerusi pindaan itu, KWSP juga akan memaksa mana-mana pekerja yang bekerja sehingga umur 60 tahun untuk terus menyumbang kepada simpanan KWSP mereka sepanjang tempoh mereka berkhidmat.

Pindaan itu adalah sejajar dengan pindaan Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012 bagi sektor swasta yang diluluskan di Parlimen Jun lalu.

Rang Undang-Undang menetapkan bahawa umur persaraan minimum dalam sektor swasta akan dinaikkan dari 55 hingga 60 tahun.

"Selepas perbincangan dengan kementerian, KWSP memutuskan bahawa 30 peratus wang simpanan boleh dikeluarkan pada umur 50 tahun dan selebihnya ketika berusia 55 tahun.

"Tetapi bagi mereka yang tidak mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun boleh membuat pengeluaran penuh pada usia 60 tahun," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan di kementerian itu di sini pada Selasa.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan