Payang Walk Dibuka 6 Oktober Ini

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Fasa pertama 'Payang Walk' yang bakal menjadi daya tarikan baru pelancong di Terengganu akan dibuka kepada umum pada 6 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Said berkata laluan dari Pejabat Pos Besar hingga ke kawasan letak kenderaan di Pasar Payang itu akan ditutup kepada kenderaan dari 5 petang hingga 12 tengah malam pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

"Pelbagai acara kebudayaan dari setiap daerah serta pameran pencapaian dan peristiwa menarik di Terengganu akan dipapar kepada pengunjung di Payang Walk ini," katanya kepada pemberita, di sini Rabu.

Katanya peristiwa seperti kejayaan Terengganu pada Sukan Malaysia baru-baru ini akan dipaparkan dahulu, selain Monsoon Cup dan World Endurance Challenge.

Abdul Rahin berkata lokasi Payang Walk sangat strategi kerana terletak di tengah-tengah kawasan tumpuan pelancong di Pulau Warisan, Denai Warisan di Kampung Losong, Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam dan Pulau Duyung.

"Produk baru pelancongan itu nanti mampu mewujudkan keceriaan, keselesaan dan menghidupkan suasana waktu malam di Kuala Terengganu yang sebelum ini sepi tanpa pengunjung," katanya.

Payang Walk dijangka dapat memperkenalkan kepelbagaian produk pelancongan di satu hentian yang memberi keselesaan kepada pelancong tanpa kekangan kesesakan lalu lintas di Kuala Terengganu.

"Kita juga menyediakan kemudahan beca mengangkut dan menurunkan penumpang dari Terminal Beca di kawasan parkir kenderaan di Dataran Syahbandar hingga ke Terminal Beca pintu masuk utama Pasar Kedai Payang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan