Nallakaruppan Cabar Anwar : "Kalau Berani Sila Debat Dengan Saya"

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan pada Rabu mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan beliau berhubung dakwaan biseksual terhadap ketua pembangkang itu.

Nallakaruppan berkata, jika Anwar benar-benar mahu berdebat mengenai isu biseksual, beliau sedia tampil ke hadapan.

"(Isu) biseksual ke, liwat ke, saya boleh cabar (Anwar). Saya boleh debat dengan beliau.

"Debatlah di mana-mana sahaja. Minta beliau tetapkan lokasi (debat) dan saya akan pergi. Saya tunggu beliau untuk panggil saya," katanya pada sidang media di ibu pejabat MIUP di sini, Rabu.

Nallakaruppan berkata, beliau akan memberitahu rakyat tentang siapakah Anwar yang sebenarnya selepas mengenali ketua pembangkang lebih 30 tahun.

"Dia sudah panggil Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) banyak kali untuk debat. Jadi, sekarang panggil saya pula untuk debat.

"Bila-bila pun boleh. Kalau pukul 2 pagi (atau) pun saya pergi," katanya.

Mengenai saman fitnah yang difailkan oleh Anwar, beliau berkata, masih belum ada perkembangan setakat ini.

"Dia sudah saman saya. Sekarang dia sudah boleh panggil saya untuk debat," katanya.

Ketika ditanya adakah beliau akan membawa bukti dakwaannya terhadap Anwar sekiranya diadakan debat, Nallakaruppan berkata. "Saya tidak dapat membawa bukti itu dalam debat. Ia akan dibawa ke mahkamah.

"Apa yang saya akan katakan dalam debat ialah siapa Anwar dan apa yang beliau lakukan sejak lebih 30 tahun," katanya.

Anwar Ibrahim sebelum ini memfailkan saman fitnah RM100 juta di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Nallakaruppan dan Utusan Malaysia berhubung satu kenyataan yang disiarkan oleh akhbar arus perdana itu pada 20 Mac lalu.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan