Lompat Parti Bukan Budaya Politik PBB - Daud

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Daud Abdul Rahman yakin wakil rakyat parti itu, khususnya anggota parlimen, tidak akan menyertai pembangkang kerana lompat parti bukan budaya PBB.

Daud yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menterii (Hal Ehwal Islam) berkata anggota PBB amat setia kepada parti dan dibuktikan pada pilihan raya negeri yang lepas apabila penyandang yang tidak dicalonkan semula kekal bersama PBB dan terus berkhidmat kepada rakyat.

"Situasi di Sarawak berbeza dan saya setuju khabar angin bahawa sesetengah pemimpin PBB akan menyertai pembangkang (menjelang pilihan raya parlimen) cuma helah pembangkang untuk menipu rakyat," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Beliau sebelum itu hadir majlis penyerahan zakat perniagaan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Perkayuan Sarawak (STIDC) kepada Tabung Baitulmal.

Zakat bagi enam bulan pertama tahun ini berjumlah RM221,454 itu diserahkan Pengerusi STIDC Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kepada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Desas-desus lompat parti itu timbul di negeri ini susulan tindakan dua wakil rakyat BN di Sabah iaitu Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing, keluar parti dan menyokong pembangkang bulan lepas.

Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Anggota Parlimen Santubong Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang namanya disebut dalam laporan sebuah portal baru-baru ini, menafikan beliau seorang daripada anggota parlimen PBB yang akan berbuat demikian.

Katanya beliau akan terus setia dengan PBB dan menyifatkan khabar angin itu satu cubaan pembangkang untuk melemahkan BN.

Anggota Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusuf yang namanya turut disebut, juga menyangkal dakwaan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan