Isu Talam: Tee Yong Hanya Mahu Berdebat Dengan MB Selangor

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk berdebat mengenai penyelewengan RM1 bilion membabitkan urusan pengambilan hutang Talam Corporation Bhd.

Tee Yong berkata, beliau hanya ingin berdebat dengan Khalid dan bukan ahli exco termasuk pemimpin dari DAP.

"Saya tidak mahu berdebat dengan sesiapa saja ahli DAP yang mempunyai maklumat dari pihak ketiga.

"Saya mahu berdebat dengan Menteri Besar Selangor berhubung perjanjian Talam," katanya pada sidang media di Wisma MCA pada Rabu.

Beberapa bulan ini, Tee Yong mempersoalkan tindakan tersebut yang didakwa untuk melunaskan hutang RM392 juta dari Talam Corporation Bhd tetapi menjadi perjanjian bernilai lebih RM1 bilion.

Kerajaan negeri didakwa membeli tanah bernilai RM392 juta dan aset tambahan RM248 juta dari Talam, menjadikan jumlah keseluruhan bernilai RM676 juta.

RM676 juta itu merupakan sebahagian daripada urusan pembelian penuh tanda tanda bernilai hampir RM1 bilion.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan