Banyak Negara Lihat Malaysia Sebagai Negara Islam Contoh - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Banyak negara Islam melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa serta dikagumi, dan berpendapat bahawa ia adalah contoh terbaik pembangunan sebuah negara Islam, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ramai pelawat luar yang ditemuinya sejak kebelakangan ini menyuarakan hasrat untuk bekerjasama, mempelajari dan mencontohi pembangunan serta transformasi yang sedang berlaku dalam negara.

Menurutnya pelawat luar yang ditemuinya seperti dari Palestin, Somalia dan Afghanistan, mengagumi kepimpinan Islam di Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang gigih membina transformasi.

"Ini bukti bahawa dunia melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa yang dikagumi," katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Masjid Putra di sini.

Turut hadir ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat dan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Muhyiddin berkata berbeza dengan keadaan malang yang sedang berlaku di Syria, yang menyaksikan umat Islam saling bersengketa, rakyat Malaysia hidup dalam suasana aman disebabkan kepimpinannya yang bertanggungjawab, yang melihat betapa pentingnya erti keamanan.

"Sebab itu dalam menghadapi cabaran kini, umat Islam tiada pilihan kecuali bersatu padu, tidak kira dari kumpulan mana, minoriti mana sekalipun, yang penting ialah kesatuan islam itu mesti diletakkan di puncak usaha kita untuk membangunkan negara," katanya.

Timbalan Perdana Menteri kemudiannya sempat menyampaikan sumbangan kepada penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, persatuan bekas tentera, Persatuan Veteran polis, anak-anak yatim, golongan artis veteran, serta pesara dari Jabatan Penyiaran Malaysia, Jabatan Penerangan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Jumlah sumbangan yang menjangkau hampir RM500,000, diagihkan kepada kira-kira 1,778 orang penerima.

Selepas berbuka puasa, Muhyiddin menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama para hadirin.

Terdahulu sempena majlis berbuka puasa hari ini, pihak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mengadakan program memasak 19 periuk bubur lambuk secara bergotong-royong, yang merupakan simbolik kepada jumlah agensi di bawah kementerian berkenaan.

Sukarelawan Komuniti 1Malaysia (K1M) Putrajaya turut membantu mengedar bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Putrajaya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan