Anwar Ke Sabah Tarik Pemimpin Politik Sebagai Tidak Berprinsip - Nallakaruppan

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan mendakwa bahawa kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah, baru-baru ini untuk menarik pemimpin politik di negeri itu sebagai satu tindakan yang tidak berprinsip.

Nallakaruppan berkata, ramai anggota daripada parti pimpinannya sendiri keluar dan lompat ke parti lain yang didakwanya bilangan mereka adalah ratusan orang.

“Bagi saya, Anwar tiada prinsip. Beratus-ratus daripada lagi penyokongnya yang keluar. Ia sendiri menunjukkan bahawa Anwar tidak tahu bagaimana untuk menghargai nilai persahabatan.

“Beliau(Anwar) hanya memikirkan tentang dirinya sendiri sahaja. Beliau tidak mengambil peduli tentang negara dan rakyat di negara ini,” katanya kepada para pemberita di ibu pejabat MIUP di sini, Rabu.

Nallakaruppan yang merupakan bekas rakan karib Anwar berkata, sekarang ketua pembangkang itu mahu pergi ke Sabah untuk membuat ‘kacau’.

“Dia yang tiada prinsip. Sabah sekarang sudah aman jadi dia mahu kacaulah. Dia sudah kacau di Semenanjung. Lain-lain sudah dikacau, sekarang dia pergi Sabah pula. Dia itu ‘pelakon’, mahu hancurkan negara dan rakyat,” katanya.

Anwar sebelum ini berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia memberi laluan kepada bekas Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing sekiranya mereka mahu bertanding mempertahankan kerusi masing-masing.

Menurut Anwar, perkembangan terbaru politik di Sabah selepas Lajim dan Bumburing mengumumkan menyokong pembangkang memberi keyakinan kepada beliau untuk merampas Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan