837 Mukim Bakal Jadi Agen Perkhidmatan Syarikat Perbankan - Berita Semasa | mStar

837 Mukim Bakal Jadi Agen Perkhidmatan Syarikat Perbankan

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 837 mukim di seluruh negara bakal menikmati kemudahan perkhidmatan perbankan sebenar dengan mudah melalui perkhidmatan ejen perbankan yang akan diperkenalkan.

Ejen perbankan, merupakan satu insiatif yang diperkenalkan oleh Bank Negara, dengan menggunakan perkhidmatan bukan bank di kedai-kedai runcit, pejabat pos, stesen minyak dan syarikat komunikasi terpilih akan menyediakan perkhidmatan perbankan kewangan bagi pihak institusi kewangan.

Semua ejen perbankan rasmi perlu mempamerkan logo rasmi agen perbankan negara bersama-sama dengan logo penyertaan institusi kewangan berkaitan.

"Ejen perbankan ini merupakan saluran kepada penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar dan pendalaman yang tidak mempunyai akses kepada bank.

"Ini bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mempunyai akses kepada perkhidmatan perbankan dengan mudah," kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz semasa melancarkan logo perbankan agen negara di Bank Negara Malaysia di sini Rabu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan