50,000 Pelekat Kereta Permulaan Kempen 'Turunkan Harga Kereta' PKR

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri (Zuraida, Rafizi, Nik Nazmi dan Sim Tze Tzin) ketika melancarkan kempen 'Turunkan Harga Kereta' pada Rabu.
Dari kiri (Zuraida, Rafizi, Nik Nazmi dan Sim Tze Tzin) ketika melancarkan kempen 'Turunkan Harga Kereta' pada Rabu.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mencadangkan penurunan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat pada Rabu, melancarkan kempen 'Turunkan Harga Kereta'.

Mengambil kesempatan terhadap orang ramai yang akan pulang ke kampung sempena Hari Raya, sebanyak 50,000 pelekat kereta akan diedarkan kepada orang ramai di sekitar Lembah Klang sebagai permulaan kempen.

"Pelekat ini akan diagihkan di tol-tol oleh wakil rakyat dan petugas-petugas kita. Selepas cuti Hari raya ia akan dicetak dan diagihkan ke seluruh negara melalui pejabat-pejabat PKR setempat," kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi berkata sebuah kereta Proton Tiara berusia 15 tahun juga telah diubahsuai, tanda kempen ini dilancarkan.

Katanya, kereta tersebut adalah sumbangan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin untuk tujuan kempen selain melancarkannya di laman Facebook.

Nik Nazmi menjelaskan pihaknya yakin desakan menurunkan harga kereta disokong sebahagian besar rakyat Malaysia.

"Logo kempen yang dipilih dipastikan tidak melambangkan unsur politik supaya semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan politik bersatu dan bersetuju bahawa masanya telah tiba untuk memastikan harga kereta di Malaysia tidak membebankan rakyat," katanya.

Selain itu pasukan 'Turunkan Harga Kereta' juga akan menjelajah lokasi-lokasi terpilih di Lembah Klang dan seluruh negara sebagai sebahagian daripada kempen.

"Pimpinan PKR akan turut sama menaiki kereta rasmi ini dan menyampaikan kaedah menurunkan harga kereta yang dicadangkan oleh kita," katanya.

Selain itu, bermula 2 September ini PKR akan mengadakan forum 'Turunkan Harga Kereta' melibatkan pimpinan di Lembah Klang, P.Pinang, Ipoh, Johor Baharu, Alor Setar, Kota Kinabalu dan Kuching.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan