Umat Islam Di Malaysia Perlu Ambil Iktibar Kesukaran Umat - Muhyiddin - Berita Semasa | mStar

Umat Islam Di Malaysia Perlu Ambil Iktibar Kesukaran Umat - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan penyerahan sumbangan oleh UDA Holding Berhad yang disampaikan oleh Pengarah Urusan UDA Holding Berhad Ahmad Abu Bakar (kiri) kepada Pengerusi Lembaga Amanah Surau Saadiah Ghaffor Md Yassin sempena majlis berbuka puasa dan sumbangan zakat, penyampaian bantuan kepada fakir miskin di Surau Saadiah, Batu 1 Jalan Bakri Muar. -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan penyerahan sumbangan oleh UDA Holding Berhad yang disampaikan oleh Pengarah Urusan UDA Holding Berhad Ahmad Abu Bakar (kiri) kepada Pengerusi Lembaga Amanah Surau Saadiah Ghaffor Md Yassin sempena majlis berbuka puasa dan sumbangan zakat, penyampaian bantuan kepada fakir miskin di Surau Saadiah, Batu 1 Jalan Bakri Muar. -fotoBERNAMA

MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata umat Islam di negara ini perlu mengambil iktibar daripada kesukaran dan kesulitan yang dialami oleh negara Islam lain di dunia.

Beliau berkata walaupun masih ada umat Islam di negara ini yang hidup dalam serba kekurangan, ia tidak seteruk apa yang berlaku pada umat Islam di sesetengah negara Islam.

"Kita tengok banyak tempat di negara kita dalam bulan puasa ini mengagih bubur lambuk, nasi dan makanan percuma sedangkan di sesetengah negara Islam di dunia (mereka) hidup dengan sengsara sekali.

"Walaupun ada yang hidup dalam kekurangan, namun ia tidak seteruk, tidak perit dan sesengsara seperti apa yang dialami oleh mereka. Jadi kita harus bersyukur dengan keadaan itu dan Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha mengurangkan bebanan rakyat dari masa ke semasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian zakat Uda Holding Berhad oleh Pengarah Urusannya Ahmad Abu Bakar di Surau Saadiah di sini Selasa.

Muhyiddin berkata kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga sentiasa memikirkan cara terbaik untuk mengembangkan ekonomi negara.

Pada majlis itu timbalan perdana menteri turut menyampaikan bantuan kepada 99 orang fakir.

Sementara itu, Uda Holding turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Pengerusi Lembaga Amanah Surau Saadiah Ghaffor Md Yassin. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan