Tuanku Abdul Halim Selesai Jalani Pembedahan Mata Kiri

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah selesai menjalani pembedahan mata kiri bagi membaiki masalah Makula.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Awang Kechik Abdul Rahman dalam kenyataan di sini berkata pembedahan itu berjalan lancar dan Tuanku Abdul Halim akan pulih dengan jayanya.

Awang Kechik turut berharap agar seluruh rakyat tidak berasa khuatir dan terus mendoakan kesihatan serta keselamatan Seri Paduka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara itu, pembedahan itu dilakukan oleh Profesor David Wong dari University of Hong Kong dan Dr Haslina Mohd Ali, Pakar Perunding Oftalmologi dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Awang Kechik berkata Yang di-Pertuan Agong akan berehat sepenuhnya dalam tempoh dua minggu, dan hanya kerabat diraja terdekat serta pembantu peribadi Tuanku Abdul Halim yang dibenar melawat sepanjang tempoh itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan