SPA Kaji Kaedah Tambah Kakitangan Bukan Bumiputera Di Kaunter

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lebih ramai kaum bukan bumiputera akan dilantik sebagai kakitangan barisan hadapan di kaunter pejabat kerajaan seluruh negara bagi memberi lebih keselesaan kepada semua etnik di Malaysia untuk berurusan di kementerian atau jabatan, kata Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau bantuan di kaunter mungkin mempunyai masalah atau isu-isu tertentu yang hanya lebih difahami oleh pegawai dari bangsa mereka sendiri.

"Selain daripada membantu rakyat, langkah ini juga merupakan sebahagian daripada usaha besar kerajaan untuk menarik lebih ramai masyarakat bukan bumiputera untuk menyertai perkhidmatan awam," kata Mahmood kepada The Star.

Mahmood berkata beliau akan mempengerusikan satu mesyuarat hari ini (Selasa) untuk memuktamadkan butir-butir program tersebut.

Sebagai permulaan, SPA akan melihat cara-cara untuk meningkatkan bilangan kakitangan India dan pegawai kaunter daripada kira-kira 1,000 pada masa ini kepada kira-kira 3,000.

Ia kemudian akan mengkaji kaedah untuk meningkatkan bilangan kakitangan berbangsa Cina di kaunter.

Antara langkah yang mungkin yang akan dipertimbangkan ialah untuk mendapatkan kakitangan bukan bumiputera daripada pelbagai jabatan untuk bergilir-gilir mengendalikan kaunter.

"Jika langkah ini tidak mencukupi atau tidak sesuai, maka langkah-langkah lain seperti merekrut kakitangan sementara atau kekal boleh dipertimbangkan," kata Mahmood.

Pada tahun lalu dilaporkan sebanyak 80 peratus daripada 1.12 juta mengemukakan permohonan bagi jawatan dalam sektor perkhidmatan awam manakala India 3 peratus dan Cina 2 peratus.

Selebihnya adalah dari Sabah dan Sarawak.

Mahmood berkata SPA sebelum ini telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan bilangan masyarakat bukan bumiputera dalam perkhidmatan awam.

Pemohon juga telah diberi peluang untuk memilih sehingga 15 jawatan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan