Persatuan Bekas Pelajar Akan Jelaskan Isu Klip Video Namewee

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Alumni Pelajar China Malaysia (MACSA) akan bertemu dengan media China untuk memperjelaskan kedudukan sebenar klip video penyanyi rap kontroversi, Wee Meng Chee Wee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.

Presidennya, Adam Hung berkata beliau akan menperjelaskan bahawa klip video itu tidak lebih daripada ekspresi peribadi Namewee.

"Video Namewee telah membuat orang di China marah dan kecewa kerana klip video itu menghina bintang badminton China, Lin Dan.

"MACSA akan berjumpa dan memaklumkan media China bahawa ia (klip video) hanya tindakan individu dan kami percaya tindakan beliau (Namewee) tidak akan menjejaskan hubungan dua hala China dan Malaysia," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Baru-baru ini, Namewee memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi kata-kata kesat dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Datuk Lee Chong Wei kalah kepada pemain badminton China itu, dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley.

Klip itu kemudiannya tersebar ke seluruh media dalam talian China serta forum utama dan menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China.

Ditanya sama ada tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap penyanyi itu, Adam berkata mereka tidak akan berbuat demikian kerana Namewee telah memohon maaf melalui Facebook beliau, baru-baru ini.

"...tetapi sebagai tokoh masyarakat, Namewee seharusnya lebih peka terhadap apa yang dilakukanya," katanya.

Sebelum ini, Chong Wei terpaksa memohon maaf kepada peminat badminton China di atas penyebaran klip video tersebut.

"Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkan perkara ini," kata Chong Wei dalam laman web peribadinya di 'microblogging' weibo, laman web di China yang sama seperti Twitter. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan