Perodua Sedia Bincang Dengan DRB-HICOM Isu Kerjasama Proton

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAWANG: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) bersedia untuk berbincang dengan DRB-HICOM Bhd mengenai kerjasama strategik dengan Proton Holdings Bhd.

Pengarah Urusannya Datuk Aminar Rashid Salleh berkata Perodua menunggu langkah DRB-HICOM.

"Kedua-dua pihak akan bertemu untuk mengenal pasti bidang kerjasama selepas DRB-HICOM membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya Perodua di sini, Isnin.

Beliau berkata perbincangan itu masih di peringkat awal dan tiada mesyuarat formal dibuat sehingga kini.

"Kita perlu menghormati keputusan DRB-HICOM mengenai perkara ini dan saya ingin katakan bagi pihak kami, kami bersedia untuk berbincang dengan mereka," kata beliau.

Mengenai sama ada Perodua akan terlibat dalam rancangan masa depan DRB-HICOM dengan Proton, Aminar berkata ia bergantung kepada sama ada rancangan itu sesuai bagi Perodua.

Aminar berkata Perodua akan menawarkan pemeriksaan di 22 tempat pada bahagian kenderaan secara percuma untuk semua kenderaan Perodua di bawah kempen itu, yang dilancarkan di Kawasan Rehat dan Rawat Jejantas Sungai Buloh. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan