Perkhidmatan Feri Langkawi Ditambah Sempena Raya

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Syarikat feri penumpang yang beroperasi di Langkawi akan mengadakan perkhidmatan tambahan sempena Aidilfitri bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat.

Pegawai Operasi Perkhidmatan Feri Langkawi Nurul Fakri Ahmad berkata lebih 5,000 pelancong dijangka berkunjung ke Langkawi setiap hari pada musim perayaan ini dan keadaan bertambah sibuk dengan kepulangan perantau.

Perkhidmatan tambahan akan diadakan mulai Khamis ini dan sebanyak 20 perjalanan pergi-balik dijadual antara Langkawi-Kuala Perlis dan Langkawi-Kuala Kedah, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya bilangan perjalanan boleh ditambah kepada 20 lagi jika ada permintaan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Teksi Langkawi Mohd Adnan Mad Saleh berkata pihaknya akan menyediakan perkhidmatan mengikut jadual perjalanan feri dan kapal terbang untuk membolehkan pelancong dan penduduk tempatan menuju ke destinasi masing-masing.

Terdapat 800 teksi beroperasi di Langkawi pada masa ini.

Selain itu, pihak hotel dan chalet turut menerima tempahan yang meningkat sempena musim cuti perayaan Hari Raya Puasa berbanding bulan Ramadan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan