KWSP Pinda Akta Bolehkan Pengeluaran Simpanan Di Usia 60 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bermula tahun depan, pekerja sektor swasta yang bekerja sehingga umur persaraan yang dilanjutkan sehingga 60 tahun mempunyai pilihan untuk mengeluarkan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada usia yang sama.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata satu pindaan kepada Akta KWSP 1991 akan dilakukan untuk memudahkan peraturan ini.

Menerusi pindaan itu, KWSP juga akan memaksa mana-mana pekerja yang bekerja sehingga umur 60 tahun untuk terus menyumbang kepada simpanan KWSP mereka sepanjang tempoh mereka berkhidmat.

Pindaan itu adalah sejajar dengan pindaan Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012 bagi sektor swasta yang diluluskan di Parlimen Jun lalu.

Rang Undang-Undang menetapkan bahawa umur persaraan minimum dalam sektor swasta akan dinaikkan dari 55 hingga 60 tahun.

"Selepas perbincangan dengan kementerian, KWSP memutuskan bahawa 30 peratus wang simpanan boleh dikeluarkan pada umur 50 tahun dan selebihnya ketika berusia 55 tahun.

"Tetapi bagi mereka yang tidak mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun boleh membuat pengeluaran penuh pada usia 60 tahun," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan di kementerian itu di sini pada Selasa.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan