Kerajaan Pulau Pinang Digesa Ubah Status Dokumen 19 Projek Khas

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Biro Kerajaan Tempatan Gerakan Pulau Pinang mahu dokumen berkaitan 19 projek khas yang diluluskan kerajaan negeri, diubah statusnya.

Ketuanya Teh Leong Meng berkata biro itu memohon untuk melihat dokumen mengenai 19 projek khas yang diminta diubah status itu pada 20 Jun, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan daripada Pengarah Perancangan dan Pembangunan Negeri.

"Kerajaan Pulau Pinang perlu telus dan bertanggungjawab terhadap 19 projek khas yang dilulusnya itu. Kami ingin memeriksa sama terdapat perkara yang tidak mengikut peraturan dalam meluluskannya," kata beliau pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Teh berkata biro itu menuntut agar kerajaan negeri memberi maklumat tentang projek khas yang diluluskan itu, termasuk kod rujukan permohonan kelulusan perancangan, hak milik pembangunan yang dicadangkan, tarikh permohonan, butiran mengenai tapak, lukisan, laporan geoteknikal dan status tanah berkenaan ketika dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan perancangan.

"Kami harap kerajaan Pulau Pinang akan mematuhi Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat yang dilulusnya tahun lepas. Jangan ulangi perbuatan mengubah status dokumen yang sebenarnya merupakan suatu penipuan untuk memperdaya orang ramai," katanya. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan