Jerebu Di Utara Dan Pantai Barat Semenanjung Bertambah Baik

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di beberapa kawasan di utara dan pantai barat Semenanjung bertambak baik pada Selasa dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan penurunan.

Bacaan IPU dari 50 stesen pengawasan kualiti udara JAS yang direkod pada 11 pagi, menunjukkan 17 stesen berada pada tahap baik, 33 stesen pada tahap sederhana dan tiada stesen mengalami tahap tidak sihat.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata walaupun bacaan IPU sehingga pukul 11 pagi ini menunjukkan penurunan, keadaan kualiti udara belum stabil kerana cuaca panas berterusan di rantau ini menyebabkan berlakunya kebakaran tempatan dan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera.

"Laporan imej satelit NOAA-18 yang dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) pada 13 Ogos, menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia meningkat secara mendadak kepada 310 berbanding 163 titik panas yang dikesan pada 12 Ogos," kata JAS dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu berkata keadaan panas dan kering di rantau ini dijangka berpanjangan sehingga Oktober manakala JAS akan terus mengawasi kualiti udara di seluruh negara dan telah menggerakkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri.

Orang ramai diingatkan bahawa Perintah Larangan Pembakaran Terbuka bagi kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Tudan, Permai Jaya, Kuala Baram di Miri, Sarawak, masih berkuatkuasa.

Selain itu, orang ramai juga boleh memberi kerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan JAS di talian 1-800-88-2727. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan