Chor Minta Unit Penyelaras PR1MA Percepat Projek Perumahan Kos Rendah

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung telah meminta unit yang menyelaras Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) untuk mempercepatkan projek mereka kerana ramai pemohon masih dalam senarai menunggu.

Beliau berkata banyak pemohon berpendapatan rendah telah memohon rumah-rumah itu di bawah program PR1MA kerajaan. Maklumat mengenai projek PR1MA juga perlu disiarkan di laman web PR1MA untuk manfaat orang ramai.

"Kami mahu orang ramai memahami program itu agar pemohon berkelayakan boleh memohon rumah-rumah itu," katanya kepada pemberita selepas membuka perbincangan meja bulat mengenai "Daya Mampu Perumahan - Isu dan Cabaran" di sini Selasa.

Program perumahan PR1MA menyasarkan untuk memberi peluang kepada penduduk kota yang berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah pertama mereka pada harga yang berpatutan antara RM150,000 dan RM300,000, mengikut lokasi.

Chor berkata maklumat dari perbincangan meja bulat itu berguna untuk kementeriannya. Beliau berkata peserta industri perumahan mesti memainkan peranan mereka dalam membantu mereka yang memerlukan rumah.

"Kita perlu merangka cara-cara inovatif dan menyeluruh untuk membina rumah mampu milik untuk rakyat, terutamanya dengan keadaan bahan binaan yang mahal dan kos tanah yang tinggi ketika ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan