Anwar 'Pakar Tabur Janji' - Ongkili

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'pakar menabur janji'.

Beliau berkata pembangkang pandai menabur janji-janji yang diketahui tidak berupaya melaksanakannya.

"Mereka boleh membuat janji-janji besar (kepada rakyat) tetapi mereka tidak perlu untuk memenuhinya," kata Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi selepas satu ceramah di Kota Marudu.

"Ia jelas dilihat bahawa Anwar hanya tuan pembuat janji," katanya merujuk kepada janji-janji yang dibuat Anwar ketika berceramah di Kota Marudu pada hari Ahad.

Ongkili berkata janji Anwar untuk memberikan RM650 untuk setiap warga emas dan RM100 untuk setiap kanak-kanak sehingga mereka mencapai umur 18 tahun adalah satu lagi contoh janji yang dilakukan pembangkang yang tidak perlu mereka penuhi.

"Jika Pakatan Rakyat ikhlas mereka sepatutnya melaksanakan apa yang dijanjikan itu di negeri yang dikuasai mereka," katanya ketika melancarkan Gerakan Biru Kota Marudu pada Ahad.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan