Anwar Digesa Hentikan Budaya Pembelot

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berhenti daripada permainannya yang menggalakkan pembelotan kerana ia menjejaskan kestabilan negara.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, Anwar menggunakan permainan yang sama selama ini namun tiada apa yang telah berlaku sejak 16 September 2008 apabila mendakwa mampu mengambil alih Putrajaya melalui pembelotan Ahli Parlimen.

"Sekali lagi semasa lawatan hujung minggu lalu beliau ke Sabah, terdapat banyak hohah kononnya lebih ramai wakil rakyat di negeri ini akan lompat parti tetapi tiada apa-apa yang telah berlaku.

"Perkara ini mendatangkang keburukan bagi kestabilan negara. Dia sepatutnya berhenti dan menjadi pemimpin negara yang bertanggungjawab," katanya.

Selain itu Abdul Rahman menyifatkan pengunduran kedua-dua Ahli Parlimeh BN iaitu Datuk Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing dan Senator Datuk Maijol Mahap sebagai sesuatu yang tidak menghairankan.

"Mereka meninggalkan parti ketika pilihan raya semakin dekat dan selepas menikmati segala keistimewaan ketika berada dalam kerajaan.

"Sekarang, mereka canangkan tentang pembaharuan untuk Sabah. Mereka harus berhenti menggelarkan diri mereka sebagai reformis," katanya sambil menambah bahawa tindakan mereka itu adalah untuk kepentingan sendiri dan bukan untuk negeri ini.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan